Apa yang istimewa tentang waktu pagi?
Bagaimana dengan setiap pagi yang anda lalui? Tenang?
Waktu pagi adalah sangat penting.
Ia adalah asas utama bagaimana sesuatu hari itu akan berlangsung.
Bagaimana kita memilih untuk meluangkan waktu pagi boleh
menentukan bagaimana dan apa yang akan berlaku disepanjang hari kita
Bila kita mulakan hari kita dengan rasa syukur, insyaaAllah kita
akan jumpa banyak kebaikan disepanjang hari kita. 7 rutin pagi ini, jika
dilakukan setiap hari secara konsisten pasti akan menjadikan anda sentiasa
ceria dan gembira:
1.
Bangun awal pagi secara konsisten
Jika hari-hari anda selalunya berserabut dan huru-hara, penyelesaiannya
adalah mudah, bangun lebih awal daripada biasa.
Untuk melakukan ini, tentulah dengan kita perlu tidur lebih awal
pada malam yang sebelumnya.
Jika anda bangun lebih awal daripada Subuh, lakukan solat Tahajjud
sekurang-kurangnya 2 rakaat. Membaca Al-Quran dan selepas itu boleh membuat
persediaan ke tempat kerja.
Secara konsisten, cuba bangun lebih awal 10 minit pada setiap
minggu sehingga 6-9 minggu, dan anda akan merasakan perubahan dari hari ke
hari.
Percayalah, rutin ini akan membantu anda mengelakkan stress,
keletihan, kelewatan ke tempat kerja dan sakit kepala yang dijangka.
Mood dan keceriaan kita disepanjang hari juga akan sentiasa
terpelihara sepanjang hari.
2.
Solat Subuh dan Dhuha
Kebahagiaan itu adalah anugerah daripada Allah kedalam hati
kita.
Apabila kita bangun pada waktu pagi, perkara yang harus kita
utamakan adalah solat dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih
diberikan peluang untuk hidup.
Oleh itu jangan tinggalkan solat subuh, kerana orang yang solat
subuh akan dipelihara oleh Allah dan dilapangkan hatinya.
Selepas itu solat Dhuha, tanda kita bersyukur dengan segala nikmat
yang diberikan oleh Allah. Lagi pun mereka yang mengamalkan solat Dhuha akan membuka pintu rezeki yang melimpah-limpah kepada kita.
Bukan kegembiraan yang menyebabkan kita bersyukur, tetapi
bersyukurlah untuk membuatkan kita gembira.
0 comments:
Post a Comment