Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia
sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap
hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku
roti je.
Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang
tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk
tanya Allah SWT tentang rezeki dia.
Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan
dgn teragak2 dia tanya.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah,
bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai
sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih.
Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya
pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi
Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan
kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia
diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan
dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya
kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah
ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang
hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu
meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang
rezekinya.
Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat
dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan
kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir
tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama
kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu
timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui
kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang
mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2
makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu
bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan
berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa
yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu
sampai habis.
Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu
memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila
Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.
Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu
tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2
ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan.
Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang
sama.
Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang
ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S.
pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah
apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk
orang tua tu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang
tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis
untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada
Allah SWT.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari
apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan
walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki.
Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua
itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan...
Tetapi ..
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT,
apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan
apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya
yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
0 comments:
Post a Comment