Yang penting, kita kena
yakin dengan rezeki Allah..
1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa
rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama
sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang
mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita
terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita
miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu
sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan
wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.
Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi
sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh.
Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja,
kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati
sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat
agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut
dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu
perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan
mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi
membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah
menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan
lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam
hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan
setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah
lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam
firmanNya;
“Orang yang menafkahkan
hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka
mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak
pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang
berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan
pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang?
Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik
dalam keadaan elok.
Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita
sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu
bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira.
Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali
agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment